LAMAN Untuk Semua
Guru dan Murid
Ibu Bapa Sesiapa Saja
Kita Kongsi
Informasi
Pendidikan
Mayapada Ini
Ayuh!...
KEJORASAKTI
home.gif UTAMA
icon_community.gif DISKUSI
email-r.gif Pautan Web
ranks.png BERITA
icon_arrow.gif Topik
icon_arrow.gif Hantar Berita
som_downloads.gif MUAT TURUN
icon_arrow.gif Muat Turun
ranks.png KANDUNGAN
icon_arrow.gif Isi
icon_arrow.gif Top 10
ranks.png INFO
icon_arrow.gif Statistik
icon_arrow.gif Cari
icon_arrow.gif Tinjauan
group-4.gif UNTUK ANDA
icon_arrow.gif PHP-Nuke_Tools
icon_arrow.gif Arkip
icon_arrow.gif Pesanan
icon_arrow.gif Kalendar
group-3.gif Laman Ahli
email-r.gif RESEPI
email-r.gif Guistuff
email-r.gif Journal
icon_arrow.gif Akaun Anda
email-r.gif Yang Terkini?
group-3.gif Video_Stream
kalam_sakti.gif TUGAS ANDA
email-r.gif Nukilan
email-r.gif Lirik
group.gif Buku Pelawat
icon_arrow.gif Kenalkan Kami
email-r.gif Maklumbalas
email-r.gif Hantar Berita
icon_community.gif SJK(T) Ldg. Chemor
group.gif Data
smilies.png BANTUAN
email-r.gif Kamus Anda
email-r.gif Terjemahan
email-r.gif Semak Halal
icon_community.gif SEMAK MASUK IPTA
icon_arrow.gif SPM
icon_arrow.gif STPM
icon_arrow.gif Pendidikan
group-4.gif MOH SEMAK
email-r.gif Saman
email-r.gif Mykad/MyPR
email-r.gif Akaun KWSP
email-r.gif PTK
email-r.gif DGA32
group-3.gif Semak OPAC
0.gif Naik pangkat
0.gif Naik Pangkat PPPS
group-3.gif Semak SPR Versi BM
group-3.gif Semak SPR Versi BI
som_downloads.gif KAJI CUACA
email-r.gif Cuaca Dunia
email-r.gif Ramal Cuaca
email-r.gif Cuaca Lautan
email-r.gif Gempa Bumi & Tsunami
icon_community.gif PLKN
ranks.png MALAYSIANA
group-3.gif Laman PM
group.gif Laman TPM
email-r.gif K.Persekutuan
email-r.gif Kabinet
email-r.gif Kerajaan Negeri
icon_rolleyes.gif KESIHATAN
email-r.gif BMI
email-r.gif Berat Ideal
email-r.gif Saiz Badan
email-r.gif Kira Lemak
kalam_sakti.gif ALUMNI SKPJ
email-r.gif Alumni
TUTORIALS
group-4.gif KSSR
group-3.gif KSSR
· 
Admin Notes
Access Denied!
Who's Online
There are currently, 44 guest(s) and 0 member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
Languages
Select Interface Language:

Dapatkan Buku Ini !

terkini.jpg
terkini.jpg

pilihlah.jpg
pilihlah.jpg

skor_A.jpg
skor_A.jpg

rahsia.jpg
rahsia.jpg



Photo Gallery

Kengkawan

©UnitedClans
Traffic Kejorasakti
Tukar Matawang Anda


Tukaran Wang Asing pada
waktu semasa ialah

Unit

Daripada

Kepada



Statistik Kumpulan
_TPOINTS:
  · 0 ·
_SITEGROUPS:
  01: Bentayan
  _NPOINTS: 0
  _SGMEMBERS: 90824
  02: Arjuna
  _NPOINTS: 1000
  _SGMEMBERS: 1
  03: Andika
  _NPOINTS: 5000
  _SGMEMBERS: 1
  04: Paduka Raja
  _NPOINTS: 10000
  _SGMEMBERS: 1
  05: Sultan
  _NPOINTS: 30000
  _SGMEMBERS: 1
  06: Bentara Dewala
  _NPOINTS: 50000
  _SGMEMBERS: 0
  07: Sultan Agung
  _NPOINTS: 100000
  _SGMEMBERS: 0

Block By GCWorld
Bank kita












User Info
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: DonnellGr
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 90824

People Online:
Visitors: 44
Members: 0
Total: 44
Your IP
Hello, Anonymous
Your ip: 54.91.47.154
Your isp: amazonaws.com
Name: compute-1
Top 5 Koleksi

Koleksi Lirik :

Tiada Lagi
Farhana
Buat Sang Puteri
Relaku Pujuk
Madah Berhelah
Puncak Kasih
Lagu Jiwa Lagu Cinta
Aduh Saliha
Aku Cinta Aku Rindu
Cindai


Koleksi Nukilan :

Kisah Seram Si Penggali Kubur
Aku Hanya Si Kerdil
Ratu Hatiku
GendangGendut
Kira Mata Anda
 canejackie-Points(38738)
 RyszardAdam-Points(736)
 DdruidzGmix-Points(494)
 TrykIvona-Points(270)
 ila-Points(211)
 tingkir8-Points(204)
 KrisPaleta-Points(182)
 sentinel103-Points(98)
 LilDoggyPoo-Points(56)
 winashha-Points(55)
Dengarkanlah

Open Remote Control
Laman Ahli
Gapuraindah
Katman103 Fotopages
Selanjutnya...
mTutorials Admin
Access Denied
KERAJAAN NEGERI
PERAK  PERLIS  KEDAH  PELAU PINANG  PAHANG  KELANTAN  TERENGGANU  SELANGOR  MELAKA  N.SEMBILAN  JOHOR  WP  PUTRAJAYA  SARAWAK  SABAH 
Rujukan Anda
SPP  BTP  S.BESTARI  WEBSEKOLAH  ESTIDOTMY  TUTOR  PSPN PERAK 
Nguyap

 

 

 

 

 

Kejorasakti Webmail
"Guru Berkualiti Aspirasi Negara"




"Guru Berkualiti Aspirasi Negara"


"Guru Berkualiti Aspirasi Negara"


Terlebih  dahulu saya ingin melafazkan rasa   syukur  saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan   izin-Nya saya dapat bersama-sama saudara-saudari menyambut Hari Guru 2002,  di sini,  pagi ini.  Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada  semua warga guru atas sumbangan bakti  yang  tidak pernah  mengenal  erti jemu di dalam usaha saudara-saudari mendidik anak-anak bangsa. Oleh itu saya ingin mengucapkan
selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.  Saya  juga ingin   mengucapkan   terima  kasih   kepada   Kementerian Pendidikan  kerana memberi penghormatan kepada saya  untuk berucap dan merasmikan majlis sambutan Hari  Guru   2002.

2.    Pada  hari  yang  penuh  bermakna  ini,  saya  ingin mengajak  semua warga guru supaya memperbaharui ikrar  dan azam  untuk menggunakan segala tenaga  dan keupayaan  yang ada  pada  diri  kita  untuk membantu membangunkan  bangsa
Malaysia  yang bersatu, berbudaya ilmu, pintar,  berakhlak mulia  dan  dihormati  dunia.

3.    Ikrar  dan azam demikian daripada warga guru  sangat diperlukan  ketika  ini apabila negara  sedang  menghadapi beberapa  cabaran kritikal di mana sistem  pendidikan  dituntut   memainkan  peranan  yang  semakin   penting   dan mencabar.   Dalam  hubungan  ini,  negara  dan  masyarakat meletakkan   harapan  yang tinggi  kepada  saudara-saudari selaku  tenaga  pendidik    untuk menjadi penggerak  utama
ke  arah menghasilkan perubahan-perubahan besar yang perlu dilakukan  demi  mencorakkan masa depan  anak  bangsa  dan menjamin kesejahteraan rakyat di bumi   Malaysia yang kita cintai.

4.    Pesanan  ikhlas  saya  untuk  saudara-saudari,  agar harapan yang begitu besar yang  diletak atas bahu saudara-saudari   janganlah   menjadikannya  satu   perkara   yang membebankan tetapi hendaklah menjadinya satu amanah. Guru merupakan  satu-satunya  golongan  yang  mempunyai   kuasa istimewa untuk membentuk  budaya, minda, nilai, sikap  dan watak remaja negara yang bakal menentukan nasib bangsa  di
masa hadapan.

5.     Sejak  negara  mencapai  kemerdekaan,  kita   telah meletakkan  gagasan  yang  tepat dalam  menggubal  program pembangunan.  Pendidikan dijadikan komponen penting  dalam agenda   negara.   Kerana   ia  berperanan   utama   untuk membangunkan sumber manusia berpengetahuan dan    kemudian sebagai  penggerak  membangunkan  negara.   Sejarah  telah membuktikan  pendidikan    berjaya  membina  tamadun   dan keilmuan sesebuah masyarakat dan keutuhan sesuatu empayar. Misalnya, zaman keagungan kerajaan Greek dibina atas  asas ilmu  yang  mantap  yang didokong oleh tokoh-tokoh  ilmuan seperti  Plato,  Socrates dan Aristotle.   Begitu  jugalah dengan  kegemilangan zaman empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Othmaniah, kemasyhuran Dinasti Ming   di Cina, telah dicapai melalui   kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang  sains dan teknologi mengikut konteks masa  masing-masing.  Dalam  konteks ajaran agama juga  disebut  bahawa
Allah   mengangkat  darjat  orang  yang   tinggi   ilmunya di kalangan manusia.

6.    Dalam  konteks zaman moden ini, tentunya  pendidikan akan terus menjadi penyumbang kepada kemajuan dan keutuhan bangsa  dan  negara.   Setiap  rancangan  Malaysia,   dari rancangan   Malaysia  Pertama  sehinggalah  ke rancangan Malaysia  Kelapan, kerajaan telah memberi peruntukan  yang besar  kepada  pembangunan sektor pendidikan dan  latihan.Dalam rancangan-rancangan Malaysia berikutnya, pembangunan sektor  pendidikan negara akan  menjadi penyumbang  kepada
kemajuan  ekonomi  berasaskan pengetahuan (knowledge-based economy) serta  menjayakan wawasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti.

7.    Saya  yakin,  kita  akan berjaya  mencapai  matlamat tersebut     tetapi    dengan    syarat    kita    bersatu merealisasikannya melalui pendidikan. Kita perlu sama-sama
menghayati  falsafah  pendidikan  kebangsaan   dan   dasar pendidikan   negara   yang    asasnya  ialah   pembangunan warganegara yang harmonis dan seimbang dari segi peribadi,bersatu padu dan hormat-menghormati sesama kaum dari  segi
sosial,  mantap dan teguh semangat cintakan  negara  untuk menjamin  kemakmuran  dan  kesejahteraan  masyarakat   dan keamanan negara.

8.    Ingatlah, tiada bangsa yang boleh maju tanpa jaminan keamanan  dan  kesejahteraan, terutamanya  dalam  sesebuah negara  yang  rakyatnya berbilang kaum dan pelbagai  agama seperti  di  Malaysia  ini. Oleh  itu,     adalah  menjadi amanah  dan  tanggungjawab semua pihak terutama  guru-guru untuk memahami hakikat ini.  Kita tidak mahu apa yang kita bangunkan melalui sistem pendidikan akhirnya menjadi  sia-sia   kerana   kita   gagal  memupuk  semangat   muhibbah, perpaduan,  kesefahaman dan keharmonian di kalangan  anak-anak  kita  yang  terdiri  dari pelbagai  kaum  dan  latar belakang  kepercayaan.   Ingatlah kata  pepatah  "melentur
buluh    biarlah  dari  rebungnya".

9.    Sebab itu adalah penting mendedahkan pelajar-pelajar kita  kepada  nilai-nilai bersama seperti  perasaan  kasih sayang, hormat menghormati, salingbantu membantu, berbudi bahasa,  cintakan keamanan, bencikan kekejaman dan  fitnah supaya  kita dapat  melahirkan    manusia yang  mulia  dan bertanggungjawab dan bukan melahirkan manusia yang  tamak, angkuh  dan lebih mementingkan diri sendiri. Saya  percaya
inilah  suatu hadiah yang tidak ternilai yang boleh  guru-guru  berikan kepada generasi masa  depan.

10.    Program   pendidikan  yang     menjurus   ke   arah meningkatkan peluang, memperbaiki kualiti dan mengurangkan jurang  prestasi pelajar antara kawasan bandar   dan  luar bandar menjadi  keutamaan dalam pelaksanaan  pembangunan pendidikan  negara.  Suka  saya tegaskan  di  sini  bahawa prospek pendidikan di Malaysia adalah cerah kerana  pihak-pihak   terbabit  menunjukkan  kesungguhan   dan   memberi
keutamaan  yang berterusan kepada pendidikan.   Ini  jelas terbukti   apabila  pendidikan  telah  menyumbang   kepada kemajuan  kualiti  hidup di mana kadar celik  huruf  telah meningkat  dengan ketara daripada 84.6 peratus pada  tahun 1990  kepada   93.8 peratus pada tahun 2000.  Begitu  juga kadar  penyertaan   pra-sekolah telah  meningkat  daripada 22.8  peratus  pada  tahun 1990 kepada 52.7  peratus  pada
tahun   2000.   Peningkatan  ini  adalah  hasil   daripada kesedaran  yang  tinggi  di  kalangan   ibu  bapa  tentang pentingnya  pendidikan di peringkat awal.

11.   Untuk  memastikan  kualiti  hidup  terus  meningkat,tentunya  kita memerlukan daya kepimpinan yang  berkualiti di  kalangan  guru-guru.   Kita perlu menghasilkan   warga pendidik  yang berwibawa. Ini bererti guru perlu mempunyai azam  dan  iltizam yang kuat untuk membangunkan pendidikan yang  berkualiti melalui usaha kecemerlangan akademik  dan sahsiah  murid.  Selain  daripada kecemerlangan  akademik, ukuran  gagal  jayanya  sesuatu  sistem  pendidikan   juga bergantung kepada sejauh manakah kita berjaya menghasilkan generasi  yang mantap peribadi, bersikap positif  terhadap kehidupan,  mengamalkan pembelajaran sepanjang  hayat  dan tidak  jemu  mengejar kecemerlangan dalam apa sahaja  yang dilakukan.  Inilah juga aspek yang perlu diberi  perhatian oleh  guru-guru  dan para pemimpin pendidikan di peringkat rendah.

12.   Tema   "guru berkualiti aspirasi negara",  mempunyai pengertian  yang  amat meluas. Guru yang berkualiti  ialah guru   yang  dapat  menunaikan  tanggungjawab  menyediakan sumber manusia  terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk  identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan   membina   perpaduan  nasional  di  kalangan   warga.Pemahaman terhadap perkara  yang saya sebutkan ini  adalah penting  kerana guru perlu menyedari bahawa mereka  adalah paksi  kepada  segala  usaha dan  harapan  untuk  mencapai wawasan negara, wawasan 2020.

13.   Untuk itu, kepimpinan di peringkat sekolah, termasuk guru   bertanggungjawab  bagi  menentukan  wawasan  negara tercapai  sepenuhnya.  Matlamat, visi dan misi  organisasi di  peringkat sekolah hendaklah selari dan sehaluan dengan wawasan besar negara.   Pemahaman terhadap visi organisasi ini adalah penting kerana   ia adalah "guiding force" yang menentukan  hala tuju sekolah.   Sebagai  guru,  apa  yang
lebih penting ialah kemampuan menterjemahkan tanggungjawab dan peranan dalam bentuk pelaksanaan tugas yang berkualiti serta   bersemangat  tinggi  untuk  memberi  khidmat  yang terbaik.  Guru mesti mempunyai satu  matlamat  yang  jelas yang  hendak  dituju. Ini kerana pendidikan itu  merupakan alat  untuk mencapai sesuatu matlamat. Jika terdapat motif sampingan  di  peringkat  sekolah  yang  berbeza  daripada wawasan  besar  negara,  maka akan pincanglah  pelaksanaan dasar   dan   amanah  serta  tanggungjawab    yang   telah diberikan. Dalam situasi sedemikian, sumber tenaga manusia menjadi   kurang   produktif.   Murid  yang   mengharapkan
bimbingan   dan   panduan   guru   akan   menjadi   mangsa persekitaran pendidikan yang tidak bermutu.

14.   Tanggungjawab serta tugas seorang guru  adalah  satu ibadah.  Konsep  ibadah  yang tersirat  dalam  tugas  guru inilah   yang   menjadikan  seseorang  guru  itu   diakui, dihormati, disegani serta disanjungi oleh masyarakat. Guru mesti  mempunyai  tekad  dan komitmen  yang  tinggi  untuk mendidik  anak bangsa, memberi khidmat yang terbaik  serta sanggup  mempertahankan  keagungan  profesionnya,   selain
terus  berusaha untuk meninggikan mutu, taraf dan imejnya. Oleh yang demikian, imej profesion perguruan ini hendaklah dipelihara  supaya tidak dicemari dengan unsur-unsur  yang negatif.  Yang boleh memburukkannya. Elakkanlah  melakukan
perkara-perkara  yang  bercanggah dengan  etika  profesion perguruan.   Jagalah nama baik guru supaya guru senantiasa dihormat.   Kita  tentu tidak mahu pelajar menjadi  mangsa kepada salah laku guru. Haruslah diingat bahawa guru telah diamanahkan oleh rakyat untuk mendidik anak-anak. Oleh itu janganlah amanah ini dikhianati dan diabaikan.

15.   Rekod cemerlang sistem pendidikan kita dan  semangat berkhidmat   yang  tulen  di  kalangan  para  guru   dalam melaksanakan   amanah  dan  tanggungjawab  telah   berjaya menyediakan  sumber tenaga mahir dan berpengetahuan  untuk mengisi  keperluan  negara.  Memang  kita  terhutang  budi kepada khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para guru. Kita  sendiri telah melihat hasilnya dengan jumlah  cerdik
pandai  dan tenaga ikhtisas yang dihasilkan yang hari  ini merupakan   penggerak  utama  kepada  program  pembangunan negara.

16.   Dalam  tempoh  45  tahun kita  merdeka,  kita  telah melihat  kemajuan dan pencapaian yang sungguh membanggakan di  bidang pendidikan. Akan tetapi kita tidak boleh  hanya berpuas  hati  dan bermegah dengan kejayaan-kejayaan  ini.Kita  kini sedang berhadapan dengan cabaran-cabaran  baru,terutama   cabaran   kemajuan   teknologi   maklumat   dan komunikasi,  dunia  tanpa sempadan dan ekonomi  berasaskan pengetahuan.  Cabaran  baru, abad  21  ini,  membawa  kita kepada  alam  baru  yang  tidak terbatas  kepada  sempadan negara  kita  sahaja.  Cabaran baru  ini  memerlukan  kita menyediakan masyarakat yang berdaya saing bagi  menghadapi
persaingan global yang lebih mencabar lagi. Oleh itu, kita adalah  dituntut  untuk  melakukan pengubahsuaian dan penghijrahan  minda untuk memastikan kita  terus  berupaya melonjak dan mara ke hadapan.

17.   Untuk  terus berdaya saing adalah menjadi  keperluan kita  membangunkan tenaga manusia yang akan menjadi  world class  atau  berkaliber  dunia. Tenaga  manusia  merupakan sumber utama kekayaan sesuatu ekonomi. Cabaran ini menjadi
kian mendesak ketika ini kerana sistem ekonomi dan pasaran menjadi  semakin berunsur global akibat arus  globalisasi. Tenaga  kerja Malaysia harus mampu bersaing dengan  tenaga kerja  dari  lain-lain negara di dunia tanpa  batas  untuk menjamin  keunggulan ekonomi negara. Ini  bermakna  rakyat Malaysia perlu dilengkapkan dengan ilmu dan kepakaran yang canggih,  terkini dan secukupnya.  Rakyat  Malaysia  perlu
disemai   dengan  nilai  dahagakan  ilmu,  supaya   mereka sentiasa  didorong  memperbaiki diri  dan  mampu  meneroka bidang  kepakaran  baru  menurut  kehendak  pasaran   yang berubah.

18.   Misalnya,  pengalaman pahit   krisis  kewangan  yang melanda negara pada tahun 1997 dan 1998, yang tidak pernah kita  alami  sebelum  ini membuktikan  betapa  kita  harus menentukan  mereka yang dihasilkan oleh sistem  pendidikan kita mempunyai kemampuan yang boleh mengatasi cabaran  dan mampu  terus  menyumbang kepada pembangunan negara.  Dalam kata lain, sistem pendidikan kita mesti berkemampuan untuk menghasilkan tenaga pekerja yang kreatif, inovatif,  yakin dan mempunyai daya saing yang kental untuk mengurus negara dan menjana ekonomi.

19.  Dalam hubungan inilah relevannya tema Hari Guru iaitu "guru  berkualiti aspirasi negara" amat bersesuaian dengan cabaran  yang dihadapi dunia pendidikan.  Oleh  itu   guru harus  mempunyai sikap untuk memperbaiki  diri  dari  segi ikhtisas,  akademik    serta  perlu  pula  berusaha  untuk mendapatkan  kelulusan  yang  lebih  tinggi.   Kita   juga berharap  supaya  guru-guru meningkatkan kepakaran  mereka menerusi kursus-kursus baru dalam bidang seperti teknologi maklumat  dan  komunikasi, kaunseling, kemahiran  hubungan sesama individu dan pendidikan alam sekitar.  Peluang yang
disediakan   oleh  kerajaan   untuk  guru  menaik    taraf kelulusan masing-masing hendaklah direbut sebaik  mungkin. Program-program   Pendidikan  Jarak  Jauh   (PJJ)    tidak memerlukan   mereka   meninggalkan bilik darjah  demi menggenggam segulung ijazah. Gunakanlah sepenuhnya peluang ini untuk menjadi pendidik yang berilmu.

20.   Banyak pihak yang menyuarakan sokongan dan tentangan mereka  mengenai cadangan untuk mewujudkan semula  sekolah aliran  inggeris.     Perlu  saya  jelaskan  bahawa   kita menolak  sebarang langkah mewujudkan semula sistem sekolah
aliran  Bahasa Inggeris bukan sahaja kerana tidak  secocok dengan  dasar  pendidikan kebangsaan malah  akan   dilihat sebagai  langkah  ke belakang. Tetapi sesuatu  perlu  kita lakukan  untuk  meningkatkan kecekapan   mereka  menguasai Bahasa Inggeris.  Apa yang kita putuskan ialah  penggunaan Bahasa  Inggeris dalam subjek sains dan matematik  bermula pada  peringkat tahun satu rendah serta pengenalan  subjek
kesusasteraan  inggeris  kontemporari  untuk   mendedahkan murid kepada bahasa  berkenaan.

21.   Kerajaan  akan  pastikan  bahawa  kedudukan   bahasa melayu   terus   dipelihara  selaras   dengan   peruntukan perlembagaan  demi membina bangsa bersatu  yang  mempunyai identitinya  sendiri.  Namun kita harus  menerima  hakikat bahawa  di  dalam  era  globalisasi  penguasaan  sekurang-kurangnya  satu  bahasa asing yang  utama  sangat  berguna untuk meningkatkan  meupayaan  menimba ilmu  pengetahuan dalam  pelbagai bidang sains teknologi termasuk  ICT,  dan meningkatkan  peranan yang lebih luas dan  berkesan  dalam hubungan antara bangsa.  Kita tidak mempunyai banyak  masa untuk  mencapai status negara maju pada tahun 2020.  Hanya mereka   yang   bergerak  dengan  kekuatan   ilmunya dan berkemampuan menguasainya dapat berdaya saing ketika itu.

22. Oleh kerana ilmu itu adalah kunci kemajuan ekonomi dan penguasaan Bahasa Inggeris adalah kunci yang membuka pintu kepada  lebih  luas ilmu, maka banyak manfaat  yang  boleh diperolehi  oleh  murid  dan  masyarakat  sekiranya   kita
menguasai  bahasa tersebut. Misalnya, 80 peratus kandungan internet  adalah dalam Bahasa Inggeris. Sama  juga  halnya dalam   bidang   teknologi,  kejuruteraan  dan   ilmu-ilmu saintifik  moden,   dan  sekiranya  kita  lemah  menguasai bahasa berkenaan maka sukar bagi murid-murid menerap  ilmu tersebut.   Elok  juga pihak sekolah  mengadakan   program membudayakan  penggunaan  Bahasa  Inggeris   bagi   tujuan
memberi  kesedaran di kalangan murid tentang  kepentingan menguasai bahasa  tersebut. Dan guru sendiri sepatutnya mengambil iltizam untuk berusaha meningkatkan  penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

23.   Kita tidak mempunyai banyak masa lagi untuk mencapai status  negara  maju pada tahun 2020.  Hanya  mereka  yang bergerak   dengan   kekuatan  ilmunya   dan   berkemampuan menguasainya dapat berdaya saing ketika itu. Dasar pendidikan  negara  sedia  akur  mengenai  hal ini dan menetapkan matlamat yang jelas untuk menguatkan sains  dan teknologi   dalam sistem pendidikan. Di  sini  peranan
saudara-saudari sebagai guru sangat kritikal.  Kita  perlu menggalakkan  minat  kepada  mata  pelajaran  sains    dan teknologi   di   kalangan   penuntut,   dan   kita   perlu
meningkatkan  prestasi mereka dalam bidang ini.   Kejayaan dalam  mendorong  perubahan ini banyak  bergantung  kepada kepintaran  saudara-saudari membangunkan minat  di kalangan murid,  menyalurkan ilmu kepada mereka dan mendidik mereka
cara menimba ilmu tersebut dengan lebih berkesan.

24.   Tidak dapat dinafikan pendidikan di negara ini telah berjaya  melahirkan barisan pemimpin, pentadbir,  pendidik dan  golongan profesional dalam pelbagai bidang. Ramai  di antara  mereka  telah berjaya mencipta nama  di  peringkat antarabangsa   dan   kejayaan   mereka   ini    diiktiraf. Masyarakat dan negara menaruh harapan yang tinggi terhadap warga  pendidik untuk merealisasikan wawasan dan  aspirasi negara.   Banyak    cabaran  yang perlu  diberi  perhatian dalam sektor pendidikan. Sama-samalah kita fikir berkenaan cabaran-cabaran  yang  sedang  melanda  kita.   Insyaallah
dengan   usaha   gigih  semua  pihak   kita   akan   dapat menanganinya.


Ucapan Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang pada 16/5/2002( ketika itu Timbalan Perdana Menteri) sempena Sambutan Hari Guru 2002 di Grand Ballroom Sutera Magellan, Kota Kinabalu. Dipetik dari laman http://www.pmo.gov.my.
Harap maklum.








Copyright © by All Right Reserved.

Published on: 2007-12-16 (1290 reads)

[ Go Back ]
phpNuke Theme design by Ethaidesign.com